mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : PUAN WINNY ANAK JUDAN

Nama : Puan Winny Anak Judan
Umur : 34 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Puan Winny merupakan suri rumah berumur 34 tahun dan menetap di kawasan berhampiran Pusat Internet Kg Sampadi. Sudah berkahwin dan mempunyai pelbagai bisnes kecil kecilan sejak tahun 2015 bersamaan 5 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga,Puan Winny hanya melakukan perniagaan dalam kalangan rakan-rakan dan keluarga terdekat dan hanya mempunyai pasaran di kawasan sekitar rumah sahaja.Pendapatan dalam RM50- RM300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Puan Winny telah membuat akaun Facebook dan Whatsapp dan mengambil langkah untuk membuat perniagaan secara atas talian. Ini menjadikan perniagaan nya semakin luas dan mendapat permintaan di pelbagai kawasan termasuk dari luar daerah Lundu. Pendapatan bualanan beliau telah berlaku banyak peningkatan sekitar RM800 sehingga Rm1000 sebulan.