mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan : Puan Wahidawati Binti Baie

Nama : Wahidawati Binti Baie
Umur : 38 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Wahida merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai kemahiran membuat makanan yang sedap seperti wantan dan ingin menambah pendapatan keluarga bagi membantu suami menjaga kebajikan dan keperluan anak-anak. Beliau mula membuat bisnes ini sejak 3 tahun yang lalu .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga,beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja iaitu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Beliau hanya menerima tempahan daripada jiran, ahli keluarga dan rakan-rakan yang mengetahuinya sahaja. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga tidak lumayan hanya sekitar dalam RM400 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Puan Wahida telah membuat akaun Facebook nya sendiri untuk mempromosikan lagi produk nya dan juga membuka akaun Whatsaap bagi mempromosi produk nya. Kadangkala jika beliau mempunyai masa lapang, beliau akan ke Pusat Internet dan sentiasa meminta tunjuk ajar daripada pihak kami terutama membantu nya dalam mempromosikan produk. Kini pelanggan daripada luar kawasan Lundu juga ada yang telah menempah produk beliau melalui laman-laman sosial tersebut dan produk beliau sentiasa kehabisan stok kerana banyak permintaan dari pelanggan dari luar kawasan daerah Lundu. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 hingga RM 1500 ke atas.