mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : PUAN SITI ASMAH BINTI CHIL

Nama : Puan Siti Asmah Binti Chil
Umur : 27 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Asmah merupakan seorang surirumah berumur 27 tahun dan menetap di kawasan berhampiran PEDi Kg Sampadi. Sudah berkahwin dan mempunyai pelbagai bisnes kecil kecilan sejak tahun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Asmah hanya melakukan perniagaan dalam kalangan rakan-rakan dan keluarga terdekat dan hanya mempunyai pasaran di kawasan sekitar rumah sahaja. Pendapatan dalam RM500-Rm1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
 
Puan Asmah telah membuat akaun facebook dan Whatsapp dan mengambil langkah untuk membuat perniagaan secara atas talian . Ini menjadikan perniagaannya semakin luas dan mendapat permintaan di seluruh Malaysia. Pendapatan bulanan beliau telah berlaku banyak peningkatan sekitar Rm2000 sehinggan RM10 ribu sebulan.