mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan : Puan Rasanah

WhatsApp-Image-2019-08-12-at-16.31.13

USAHAWAN KECIL JAMU TRADISIONAL

Nama : RASANAH BINTI JUNAIDI
Umur : 54 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Rasanah merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai kemahiran membuat jamu tradisional dan kerepek kering untuk menambah pendapatan keluarga bagi membantu suami menjaga kebajikan dan keperluan anak-anak. Beliau mula membuat bisnes ini sejak dari taun 90 an dan pada awalnya adalah digunakan untuk diri sendiri serta keluarga sahaja sehingga sekarang. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga,beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja iaitu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Beliau hanya menerima tempahan daripada jiran, ahli keluarga dan rakan-rakan yang mengetahuinya sahaja. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga tidak lumayan hanya sekitar dalam RM 600 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Rasanah telah membuat akaun Facebook nya sendiri untuk mempromosikan lagi produk nya dan juga membuka akaun Whatsaap bagi mempromosi produk nya. Kadangkala jika beliau mempunyai masa lapang, beliau akan ke Pusat Internet dan sentiasa meminta tunjuk ajar daripada pihak kami terutama membantu nya dalam mempromosikan produk. Kini pelanggan daripada luar kawasan Lundu juga ada yang telah menempah produk beliau melalui laman-laman sosial tersebut dan produk beliau sentiasa kehabisan stok kerana banyak permintaan dari pelanggan dari luar kawasan daerah Lundu. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 hingga RM 1500 ke atas. Kini beliau mendapat tempahan sehingga ke luar kawasan Kuching sehingga ke Miri dan semenanjung