mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : PUAN NOR AZZIELA BINTI ZAINI

Nama : NOR AZZIELA BINTI ZAINI
Umur : 28 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Zila merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan menjadikan perniagaan kecil-kecilan sebagai kerja sambilan dan mempunyai impian untuk mengembangkan perniagaan nya. Beliau sebelum ini bekerja di salah sebuah syarikat swasta selama lebih 4 tahun dan terpaksa berhenti kerja selepas berkahwin dan mempunyai anak. Beliau kini ingin membuktikan bahawa surirumah juga mampu menjana pendapatan dengan berniaga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga,beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja iaitu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan sekampung. Pendapatan beliau hanya RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Puan Ella telah membuat akaun facebook dan whatsapp dan menggunakan social media tersebut sebagai platform untuk berniaga. Pelanggan beliau kini telah menjadi ramai dan ada yang dari daerah lain. Sehubungan itu juga beliau senang untuk mempromosikan produk secara atas talian. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 hingga RM 1500 ke atas.