mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan : Puan Hazmida

Nama : Puan Hazmida Binti Jamal
Umur : 29 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Hazmida merupakan suri rumah berumur 29 tahun dan menetap di kawasan berhampiran Pusat Internet Kg Sampadi. Sudah berkahwin dan mempunyai pelbagai bisnes kecil kecilan sejak tahun 2017 bersamaan 3 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelummenggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga,Puan Hazmida hanya melakukan perniagaan dalam kalangan rakan-rakan dan keluarga terdekat dan hanya mempunyai pasaran di kawasan sekitar rumah sahaja.Pendapatan dalam RM 250- RM 400 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 
Puan Hazmida telah membuat akaun Facebook dan Whatsapp dan mengambil langkah untuk membuat perniagaan secara atas talian. Ini menjadikan perniagaan nya semakin luas dan mendapat permintaan di pelbagai kawasan termasuk dari luar daerah Lundu. Pendapatan bualanan beliau telah berlaku banyak peningkatan sekitar RM500 sehingga Rm1500 sebulan.