USAHAWAN KECIL Q2 2020 : PRODUK SANGKAR BURUNG
Nama | : Puan Amedilia Binti Kamel |
Umur | : 25 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Puan Ame merupakan ibu muda yang berusia 25tahun dan juga menrupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau menpunyai 2 orang anak lelaki dan juga merupakan penduduk asal kampung tersebut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Ame mempuyai suami yang kreatif dalam kraftangan mrmbuat sarang burung. Suaminya juga tidak mempunyai masa untuk menjual secara terus hasil kraftangannya atas kekangan kerja. Kraftangan tersebut dijual oleh Puan Ame dengan penduduk sekitar kampung sahaja dengan pendapatan kira-kira RM350 sebulan hasil menjual sarang burung.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Ame telah membuka akaun shopee dan juga mula berniaga kraftangan hasil suami nya secara atas talian menggunakan facebook dan whatsapp. Kini pelanggan bukan dari Kg Sampadi sahaja malah dari pihak luar yang juga ingin membeli sarang burung tersebut. Kini pedapatan sampingan Puan Ame meningkat ke RM700 sebulan.