mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan : En Mohammad Khushairy

Nama : Mohammad Khushairy Bin Pathe
Umur : 29 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

En Khushairy merupakan seorang penjawat awam di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Namun beliau ingin menambah pendapatan bagi menampung keperluan untuk hidup di bandar dengan melakukan bisnes sewaan van dan juga memunggah barang menggunakan van tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga,beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan yang hanya bergantung dengan permintaan masyarakat setempat. Beliau hanya menerima kerja dari pak cik beliau dan rakan-rakan terdekat sahaja. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga tidak lumayan hanya sekitar dalam RM600 sahaja untuk sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
 

Encik Khushairy telah membuat akaun Facebook bagi perniagaannya untuk mempromosikan lagi perniagaan van sewa dan pemunggahan barang menggunakan van di internet. Kadangkala jika beliau mempunyai masa lapang, beliau akan ke Pusat Internet dan sentiasa meminta tunjuk ajar daripada pihak kami terutama membantunya dalam mempromosi produk. Kini pelanggan daripada luar kawasan Lundu juga ada yang telah menggunakan perkhidmatan van sewa beliau. Pendapatan bulanan beliau kini memcecah RM1000 hingga RM1500 ke atas sebulan.