USAHAWAN KECIL Q3 2019 : MAKANAN DAN KHIDMAT KATERING
| Nama | : SURIANI BINTI JULAIHI |
| Umur | : 46 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Suriana merupakan seorang peniaga makanan secara kecil-kecilan di kampung sampadi. Beliau sebenarnya meneruskan perniagaan ibunya sejak dari bangku sekolah lagi.Hal ini menjadikan perniagaan tersebut sumber utama pendapatan beliau bagi menampung keluarga sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga,beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja iaitu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan dalam kawasan kampung Sampadi sahaja. Beliau hanya menerima tempahan daripada jiran, ahli keluarga dan rakan-rakan yang mengetahuinya sahaja. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga tidak lumayan hanya sekitar dalam RM 1200 sebulan.
Puan Suriana telah membuat akaun Facebook nya sendiri untuk mempromosikan lagi produk nya dan juga membuka akaun Whatsaap bagi mempromosi makanan yang dijualnya nya.Tambahan juga pelanggan boleh mendapat tahu menu makanan yang dijual secara terus melalui’ Whatsapp Status’ yang dimuat naik oleh Puan Suriana setiap kali membuat makanan atau menu pada setiap hari hasil daripada tunjuk ajar petugas pusat internet. Hal ini memudahkan pelanggan menempah terus melalui whatsapp dan mempercepatkan pembelian. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 hingga RM 2000 ke atas.