USAHAWAN KECIL BAJU WANITA,PRODUK PENJAGAAN WANITA,AKSESORI DAN KEREPEK KERING
| Nama | : PUTERI NURUL HIDAYAH BINTI BUJANG |
| Umur | : 22 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Cik dayah merupakan seorang kerani di sebuah syarikat swasta. Beliau memulakan bisnes secara kecil kecilan sejak di bangku sekolah lagi. Biarpun kini beliau sibuk bekerja namun beliau masih meneruskan perniagaan atas dasar minat dan ingin menambah pendapatan sendiri dan membantu keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga,beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja iaitu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Pelanggan beliau hanya terdiri daripada jiran, ahli keluarga dan rakan-rakan yang mengetahuinya sahaja. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga tidak lumayan berbanding selepas penggunaan ICT iaitu RM900 sebulan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui tunjuk ajar oleh petugas di Pusat Internet dan dengan usaha beliau yang sentiasa tidak putus-putus untuk mempelajari ICT sehingga beliau telah membuat akaun Facebook nya sendiri untuk mempromosikan lagi produk nya dengan lebih meluas. Kadangkala jika beliau mempunyai masa lapang, beliau akan ke Pusat Internet dan sentiasa meminta tunjuk ajar daripada pihak kami terutama membantu nya dalam mempromosikan produk. Kini pelanggan daripada luar kawasan Lundu juga ada yang telah menempah produk beliau melalui laman-laman sosial tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1000 hingga RM 2000 ke atas. Beliau juga mendapat ‘Agent’ terbaik bagi penjualan dari Syarikat Jamu Susuk Dara(JSD)
dengan jualan sebanyak RM5000