SAMPADI FAMILY HIDEOUT
Sampadi Family Hideout merupakan hidden gems di Lundu ianya lokasi yang sangat istimewa untuk ‘Camping’ dengan tenang di Sampadi. Pernah tak anda merasai pengalaman berkhemah tetapi anda nak menikmati pekhemahan tersebut dengan lebih privasi bersama-sama rakan ataupun keluarga anda? Jangan risau Sampadi Family Hideout ini merupakan lokasi yang sangat tepat untuk anda. Sampadi Hideout Family yang terletak di Kampung Sungai Cina yang berhampiran Kampung Sampadi ini menawarkan pakej camping dengan suasana yang tenang dan lebih privasi.
(Sumber : Facebook Sampadi Family Hideout & Website :https://www.iloveborneo.my/family-hideout-lundu-lokasi-istiwewa-camping-dengan-tenang-di-sampadi/)
PANTAI KAMPUNG SAMPADI

Pantai Kampung Sampadi terletak berhampiran Kampung Sampadi, Lundu. Ianya bersebelahan dengan Pantai Rambungan dan merupakan sebuah pantai yang luas, panjang dan mendatar. Pantai ini masih mengekalkan keindahan semulajadi dan sangat cantik.
(Sumber : Portal Majlis Daerah Lundu)
