CELIK IT Q3 2020 : BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE
Nama | : NUR SABRINA BINTI ZAINI |
Umur | : 18 TAHUN |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Sabrina atau lebih dikenali dengan panggilan Ina merupakan salah seorang ahli pusat internet yang aktif. Dia juga remaja yang bersifat ingin tahu untuk beljar sesuatu yang baru. Kini beliau merupakan sukarelawan tetap kepada Pusat Internet Komuniti Kg Sampadi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Ina merupakan pelajar lepasan sekolah menengah yang kurang pendedahan terhadap penggunaan ICT. Dia juga kurang mahir menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan Microsoft Word dan bermacam-macam lagi aplikasi yang ada pada komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menjadi ahli Pusat Internet Kg Sampadi ,Ina aktif mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan termasuk turut serta menjadi sukarelawan semasa Hari Bersama Komuniti PIK Kg Sampadi. Ina juga telah belajar menggunakan komputer dan hampir mahir menggunakan komputer. Ina sekarang telah dilantik sebagai setiausaha belia di Kampung Sampadi kerana dia pandai menggunakan komputer terutama melibatkan perkara yang memerlukan surat rasmi yang ditaip menggunakan komputer.