mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – NOR ALEESYA DANIA BINTI DEMAN

Nama : NOR ALEESYA DANIA BINTI DEMAN
Umur : 9 TAHUN
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Aleesya merupakan seorang pelajar tahun 3 di SK Sampadi. Beliau berasal daripada Kampung Sampadi. Aleesya mula mengaktifkan diri terlibat dengan Pusat Internet Kampung Sampadi dari awal pembukaan pusat internet ini sehingga sekarang. Beliau sering berkunjung ke pusat Internet Sampadi hamper setiap hari dari pusat internet baru dibuka sampai sekarang. Adik Aleesya juga aktif mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Sampadi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aleesya pada mulanya tidak tahu bahawa pusat internet menyediakan pelbagai aktiviti selain daripada melayari internet sahaja.Dia dan rakan-rakan pada mulanya hanya datang ke PI untuk menonton You Tube dan bermain dengan social media. Selepas mengikuti beberapa aktiviti di pusat internet, Aleesya mendapati bahawa pelbagai kelas ICT dijalankan di Pusat Internet Kampung Sampadi. Beliau juga tidak pernah menggunakan aplikasi di internet untuk pembelajaran dan tidak mengetahui asas Microsoft word dan sebagainya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kampung Sampadi, kini Aleesya telah dapat menguasai beberapa asas penggunaan komputer malah mahir menggunakan Microsoft office word selepas mengikuti kelas di pusat internet kg Sampadi. Beliau juga telah pandai mencari maklumat di internet dengan dengan lebih cepat dan mudah. Aleesya kini lebih semangat dan yakin untuk terus menggunakan ICT.