mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – FARIHAH FAUZUL

Nama : FARIHAH FAUZUL
Umur : 12 TAHUN
Ahli : 2019

Latar belakang

Farihah merupakan seorang pelajar darjah 6 di Sk Sampadi. Beliau berasal daripada Kampung Sampadi. Farihah mula mengaktifkan diri terlibat dengan Pusat Internet Kampung Sampadi dari awal pembukaan pusat internet ini sehingga sekarang. Beliau sering berkunjung ke pusat Internet Sampadi apabila mempunyai masa lapang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Farihah pada mulanya tidak tahu bahawa pusat internet menyediakan pelbagai aktiviti selain daripada melayari internet sahaja. Farihah dan rakan-rakan pada mulanya hanya datang ke PI untuk menonton You Tube. Selepas mengikuti beberapa aktiviti di pusat internet, Bahyah mendapati bahawa pelbagai kelas ICT dijalankan di Pusat Internet Kampung Sampadi. Beliau juga tidak pernah menggunakan aplikasi di internet untuk pembelajaran dan tidak mengetahui asas Microsoft word, power point dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kampung Sampadi, kini farihah telah dapat menguasai beberapa asas penggunaan komputer.Beliau juga telah pandai mencari maklumat di internet dengan dengan lebih cepat dan mudah. Kini beliau mempunyai akaun email sendiri hasil daripada tunjuk ajar petugas pusat internet. Farihah kini lebih semangat dan yakin untuk terus menggunakan ICT.