BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN EMAIL
| Nama | : AINA MASITAH BINTI MATAKIR |
| Umur | : 14 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Aina Masitah merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di SMK Senibong. Beliau berasal daripada Kampung Sampadi. Aina mula mengaktifkan diri terlibat dengan Pusat Internet Kampung Sampadi dari awal pembukaan pusat internet ini sehingga sekarang. Beliau sering berkunjung ke pusat Internet Sampadi pada hujung minggu sekiranya beliau balik ke kampung kerana Aina merupakan pelajar asrama di SMK Senibong,
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Aina pada mulanya tidak tahu bahawa pusat internet menyediakan pelbagai aktiviti selain daripada melayari internet sahaja. Aina dan rakan-rakan pada mulanya hanya datang ke PI untuk menonton You Tube dan bermain dengan social media. Selepas mengikuti beberapa aktiviti di pusat internet, Aina mendapati bahawa pelbagai kelas ICT dijalankan di Pusat Internet Kampung Sampadi. Beliau juga tidak pernah menggunakan aplikasi di internet untuk pembelajaran dan tidak mengetahui asas Microsoft word dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Kampung Sampadi, kini Aina telah dapat menguasai beberapa asas penggunaan komputer.Beliau juga telah pandai mencari maklumat di internet dengan dengan lebih cepat dan mudah. Kini beliau mempunyai akaun email sendiri hasil daripada tunjuk ajar petugas pusat internet. Aina kini lebih semangat dan yakin untuk terus menggunakan ICT.