mcmc
Uncategorized

𝗡𝗔𝗗𝗜 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶: 𝗥𝗘𝗔𝗖𝗛 𝗝𝗢𝗠 𝗦𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗱𝗶 NADI 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗱𝗶

Pada 4 Ogos 2025 (Ahad), telah berlangsung Program Saringan Kesihatan Komuniti di bawah inisiatif NADI Kesejahteraan, yang dikenali sebagai REACH JOM SARING, bertempat di NADI Kampung Sampadi.

Program ini bertujuan memupuk amalan pencegahan serta mengesan awal penyakit dalam kalangan komuniti sekitar NADI.

Seiring dengan objektif utama NADI Kesejahteraan Kendiri untuk memperkasakan komuniti menjaga kesihatan diri, pasukan perubatan telah menyediakan saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI dan penduduk sekitar.

Program mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat, khususnya mereka yang tinggal dalam lingkungan 3–5 km dari premis NADI.

Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan komuniti kita kekal sihat dan sejahtera. 💪❤️