![]()
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐉𝐈𝐓𝐎 𝐁𝐋𝐔𝐄 𝐋𝐀𝐆𝐎𝐎𝐍 & 𝐂𝐀𝐏𝐏𝐔𝐂𝐈𝐍𝐎 𝐀𝐈𝐒
Sesi pembelajaran minggu ketiga dilaksanakan secara hands-on sambil kelas berlangsung, di mana peserta bukan sahaja menerima penerangan teori malah terus terlibat dalam penyediaan minuman.
Peserta berpeluang mempraktikkan pembuatan Mojito Blue Lagoon dan Cappuccino Ais, sekali gus memahami teknik penyediaan, pengawalan rasa serta kaedah penyajian yang betul.
Pendekatan pembelajaran ini membantu meningkatkan kefahaman, kemahiran praktikal dan keyakinan peserta dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.










